PERISAI bermaksud benteng pertahanan diri daripada gejala yang tidak sihat
BULAN DAN BINTANG bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi
DUA TANGKAI PADI BERSILANG bermaksud resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
BUKU DAN REHAL bermaksud peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara.
WARNA HIJAU bermaksud alam sekitar yang sihat
WARNA MERAH bermaksud keperwiraan dan sedia juang mempertahankan negara yang tercinta
WARNA KUNING bermaksud warna diraja yang menjadi tunggak kedaulatan negara Malaysia
WARNA PUTIH bermaksud keikhlasan dan kesucian.

No comments:
Post a Comment